Selasa, 16 September 2014

Menyambung Pelajaran Ke Luar Negara (Master): Pinjaman MARA 2014 – Part 5

Malam tu juga aku call Glasgow Uni untuk follow up bila surat unconditional letter boleh dikeluarkan. Pihak uni bagitau aku yang dokumen perlu dimasukkan secara online. Aku ingat MABECS dah settlekan, rupa-rupanya mereka hanya hantar e-mail ke pihak uni. So aku pun kenalah upload sendiri dokumen tu. Pada masa yang sama aku hantar e-mail minta mereka hantar segera surat unconditional.

Pada hari Isnin minggu berikutnya (23 Jun 2014) pihak uni balas e-mail aku dan mereka masih hantar conditional offer letter yang mana yuran pengajian perlu diselesaikan. Aku konfius juga dengan surat nih dan kalau ikut pengalaman wife aku, surat tu kena jadi unconditional offer. Aku terpaksa call lagi sekali pihak uni untuk dapatkan penjelasan mereka. Diorang bagitau yang ada kesilapan dan surat akan dikeluarkan dengan segera. Aku tunggu la reply dari pihak uni sepanjang hari.

Bila dah nak masuk tengah malam waktu Malaysia, aku masih tak dapat apa-apa e-mail. Agak kalut juga sebab waktu pejabat tutup dah nak dekat kat UK. Dah tentu diorang malas nak layan sangat. Mula-mula call, diorang kata akan follow up dan bagi feedback kemudian. Kemudian aku call lagi sekali dan kali ni diorang layan sebab aku kata surat tu diperlukan urgent untuk secure sponsorship. Nasib baik la minah saleh ni layan aku walaupun dah nak habis waktu kerja. Alasan yang dia bagi pula adalah disebabkan oleh kesilapan dalam system. Aku sengaja pressure mereka supaya surat tu diperbetulkan dan dikeluarkan dengan segera. Hehehe…

Keesokan pagi (24 Jun 2014) aku dapat juga surat unconditional dari Glasgow uni. Aku compile kesemua dokumen yang diperlukan untuk dihantar semula ke MARA. Dokumen-dokumen disusun mengikut arahan dalam borang dan checklist. All set and ready to go!

Aku hantar tawaran bersyarat ke HQ MARA kat KL. Aku pastikan pegawai MARA semak satu persatu borang serta dokumen yang aku hantar dan cop terima pada dokumen tu. Selepas itu, aku ambil gambar dokumen yang telah dicop sebagai bukti terima. Pegawai MARA maklumkan kat aku yang tawaran rasmi akan dikeluarkan dalam tempoh 7 hingga 21 hari dari tarikh terima. Pada hari yang sama juga aku balik kampung wife aku kat KB. Kami nak sambut hari pertama puasa kat sana… yeehaa….

Bersambung part 6

Menyambung Pelajaran Ke Luar Negara (Master): Pinjaman MARA 2014 – Part 4

 Dari hari ke hari dan dari minggu ke minggu aku tunggu keputusan MARA. Kalau ikutkan info masa interview hari tue hujung bulan April, nih dah nak masuk pertengahan bulan Mei masih tak ada berita. Aku call MARA bertanya bila result keluar tapi pegawai tu jawab tunggu dalam seminggu dua lagi. Aku dan wife aku agak cuak pasal aku kene ambik IELTS untuk tukar dari conditional offer ke unconditional offer. Kalau tak dapat MARA, rugilah duit dan result exam IELTS ambil masa 2 minggu untuk dikeluarkan. So kami duduk berbincang dan akhirnya kami buat keputusan untuk ambil je peperiksaan IELTS. Aku daftar IELTS kat IDP Subang Jaya sebab paling dekat kat rumah aku. Terbang lah RM 670 aku demi ilmu huhuhu…. Selain dari IDP, kita boleh ambil IELTS exam kat British Council KL.

Exam IELTS aku jatuh pada 24 Mei 2014, so aku buat la persediaan apa yang perlu untuk belajar English. Test nie terbahagi kepada 4 bahagian iaitu Listening (1 jam), Speaking (approx. 15 min), Writing (1jam) dan Reading (1jam). Kebetulan pula sehari sebelum test, MARA keluarkan result dan aku berjaya mendapat tawaran bersyarat pinjaman. Selesai ambil test IELTS, aku rasakan yang aku tak akan lulus test tu. So aku buat keputusan untuk ulang balik test IELTS dan paling merisaukan aku tempat penuh sebab ramai student kemasukan Julai hingga September dah mula ambil test tu. Dah la tu, terbang lagi duit aku kali nih. Aku daftar lagi sekali kat IDP dan alhamdulillah yang masih ada tempat untuk aku ambil exam pada 7 Julai 2014. Dalam perkiraan aku, result test aku akan keluar 1 minggu sebelum 30 Jun. So dah tak boleh main-main lagi dah.

Pada masa yang sama, aku tumpukan pada tawaran bersyarat MARA. Tempoh masa yang diberi untuk menghantar tawaran beserta dokumen yang lengkap adalah sehingga 24 Jun bagi kemasukan Ogos atau September 2014. Walau bagaimanapun, MARA memberi kelonggaran sehingga 30 Jun untuk submit tawaran tersebut. Aku pun siapkan la e-vetting dan salinan dokumen aku yang perlu disahkan.

Dua minggu kemudian, aku pun dapatlah result IELTS dan result aku dibawah requirement pihak universiti. Rasa down giler sebab yang lain dah nak siap dan nasib baik aku daftar exam IELTS lagi sekali. Tapi jangan risau kalau korang bukannya pakar dalam English sebab yang penting jaga Grammar, strategi semasa menjawab dan sentiasa membuat latihan. Aku pun banyak belajar dari youtube dan berlatih dengan buku latihan IELTS Band 7. Pada 7 Julai 2014, aku pun ambil exam  tu dengan harapan lulus.

Selepas tu, aku siapkan form dan hantar untuk apply SSLN, penangguhan PTPTN dan pengesahan pendapatan ayah aku. Aku dapat surat penangguhan pinjaman dari pejabat PTPTN pada hari yang sama dan SSLN pula ambil dalam tempoh tujuh hari bekerja selepas submit kat Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya. So aku dah dapat kesemua dokumen yang diperlukan kecuali result IELTS. Berdebar-debar rasanya huhuhu...

Akhirnya, result IELTS aku dah keluar pada 20 Jun 2014. Aku dan wife aku pergi ambil result dekat IDP sebab result online hanya available jam 3 ptg. Aku tunggu dalam kereta je pasal wife aku tolong ambilkan result. Bila wife aku datang balik dengan result aku, mata dia nampak berair. Dalam hati aku kata “kantoi lagi ke nih….”. Tetiba wife aku senyum dan tunjukkan result IELTS kat aku. Alhamdulillah, berjaya dapat result yang ditetapkan oleh universiti! Petang tu juga aku hantar dokumen ke MABECS untuk dapatkan unconditional offer letter dan university pilihan aku adalah University of Glasgow… Yeah!

Bersambung part 5
                 

Khamis, 3 Julai 2014

Menyambung Pelajaran Ke Luar Negara (Master): Pinjaman MARA 2014 – Part 3

Masa tak menyebelahi aku nampaknya, tapi aku tak boleh give up. Wife aku suggest tulis e-mail kepada pihak universiti untuk mempertimbangkan permohonan aku dan mengeluarkan offer letter. So, keesokan hari, iaitu Jumaat petang (waktu Malaysia) aku pun hantar e-mail dan berharap semuanya akan berjalan dengan lancar. Selang beberapa jam kemudian  aku dapat email daripada both universiti yang mengatakan mereka ambil sekurang-kurangnya seminggu untuk proses permohonan. Aku ada 5 hari lagi (tu belum tolak Sabtu dan Ahad!) sebelum interview dan aku fikir hantar sahaja without offer letter semasa interview nanti.

Pada hari Isnin aku pun buka e-mail aku untuk tengok any update. Aku terkejut yang University of Glasgow hantar Conditional Offer Letter kat aku. Alhamdulillah, bersyukur sebab ada harapan semasa interview nanti. Malah, University of Sheffield juga menghantar Conditional Offer Letter keesokkan harinya. Yes… Game On! Aku pun bersemangat prepare semua necessary dokumen seperti salinan slip menduduki ujian psychometric, slip temuduga, resume, offer letter universiti, I.C. dan surat beranak aku, I.C. dan surat beranak ibubapa, serta segala salinan sijil dan transkrip untuk dihantar. Tebal woooo… huhuhu…

Interview aku diadakan pada 9 April 2014 pada hari Rabu kat KKTM, Beranang, Selangor jam 2 petang. Aku sampai dalam 1 jam sebelum interview dan solat Zohor berjemaah kat surau KKTM. Tepat pukul 2 ptg semua calon di minta beratur untuk daftar. Memang ramai calon yang datang untuk interview pukul 2 petang tu, hampir dalam 100 orang (tak tau lah kalau ada lagi yang sedang mendaftar semasa aku interview). Kami dibahagikan 10 orang dalam satu kumpulan dan aku jatuh kumpulan ke 3.

Interview telah bermula! Kumpulan aku dipanggil untuk masuk ke bilik interview. Ada 3 fasa interview dan semuanya secara berkumpulan dan di bilik yang sama. Dua fasa interview tersebut membabitkan kerjasama berkumpulan dan kreativiti. Memang habis sempoi! Kami siap bergelak ketawa lagi dengan gelagat ahli kumpulan kami. Tetapi apa yang penting ialah kerjasama dan participation. Interview yang terakhir, kami diminta menjawab dua soalan. Soalan pertama ialah soalan umum dan masing-masing kene proaktif untuk menjawab. Soalan kedua pula setiap calon diberi peluang untuk justify kenapa anda layak untuk mendapat pinjaman MARA. Selesai proses interview, sesi soal jawab dengan pegawai MARA dan mereka beritahu yang tempat terhad serta calon sangat ramai. Pada masa yang sama, mereka mahu beri lebih tumpuan kepada universiti selain dari UK. Aku sangat puas hati dengan sesi interview tu dan tawakal yang rezeki tu datang dari Allah. Aku seronok dengan group aku pasal sangat energetic, kreatif dan open minded. By the end of the day, the interview was fun and thanks to MARA for the opportunity.

Sementara itu, calon yang berada di luar negara tak perlu hadir ke interview seperti kami di dalam negara. Sebaliknya mereka perlu lalui satu lagi ujian psychometric secara online. Apa pun aku wish good luck juga kat mereka. Step aku seterusnya, menunggu keputusan…….


Bersambung part 4

Rabu, 2 Julai 2014

Menyambung Pelajaran Ke Luar Negara (Master): Pinjaman MARA 2014 – Part 2

Lebih 2 minggu selepas dari tarikh tutup, seperti biasa kami check status permohonan dalam website MARA dan perkara yang tak diduga berlaku.  Aku diminta menduduki psychometric test secara online dan hadir untuk interview. Tarikh dan masa untuk ujian psychometric diberikan tetapi untuk interview pula hanya ada tarikh, zon dan negeri. Manakala masa dan tempat interview tidak dimaklumkan. Berdebar-debar lah jadinya sebab tak pernah menduduki ujian tu. So, aku check la info kat website dan banyak tips yang aku dapat jadikan rough idea untuk menduduki ujian psychometric.

Ujian psychometric online aku diadakan pada 20 Mac 2014 jam 2.00 petang. So bila dah tiba time aku pun log in masuk dan ujian tu bermula selama 1 jam. Ianya terbahagi kepada 3 bahagian, lebih kurang 100 soalan objective dalam bahasa melayu dan Inggeris. Good news! tiada soalan essay dalam ujian tu. Soalan bahagian A lebih kepada menguji IQ, soalan bahagian B pula berkenaan dengan personality traits, dan soalan bahagian C berkaitan soalan am dan perlembagaan. Alhamdulillah aku sempat jawab kesemuanya walaupun masa sangat pendek. Beberapa saat sebelum tamat, aku selesai menjawab dan tekan button hantar, tetapi tak ada apa-apa berlaku. Tiba-tiba sahaja notification bertulis masa telah tamat dan aku telah menduduki ujian psychometric keluar kat screen. Aku cuma tawakal sahaja sebab MARA beritahu dalam FB yang segala ujian tersebut akan direkod secara automatik setelah tamat tempoh.

Sementara itu, tarikh interview aku ditunda ke tarikh yang akan diberitahu nanti. Kali ini aku sentiasa ikut update yang diberi oleh pihak MARA kerana mereka sedang menjalankan interview di negeri-negeri lain. Seperti biasa aku dapatkan lagi maklumat daripada blog sekadar nak bersiap sedia. Kat sini yang aku kata jadi kelam kabut tadi. Ingat tak conditional offer letter dari universiti? Sebaiknya bawa offer letter ke interview untuk menunjukkan kepada pegawai MARA tentang kesungguhan anda nak sambung pelajaran dan pihak universiti menerima anda. Kalau tak ada, aku rasa harapan nak dapat pinjaman akan jadi tipis sebab persaingan. Apa lagi, aku dengan wife aku pun bertukus lumus lah check maklumat nak apply universiti kat US, Canada, Australia dan UK.

Aku gunakan senarai universiti yang disediakan oleh MARA semasa permohonan online hari tu. Kami melihat requirement yang diperlukan untuk memohon universiti dan tempoh pengajian. At last, kami senarai pendek 2 universiti di UK iaitu University of Sheffield dan University of Glasgow berbanding dengan universiti lain. Sementara aku sibuk menyediakan semua dokumen yang hendak diserahkan ke universiti, tarikh untuk interview aku telah dikeluarkan oleh MARA iaitu pada 9 April 2014. Dipendekkan cerita, 6 hari sebelum interview semua dokumen yang diperlukan dah ready dan kami  pergi ke MABECS kat Petaling Jaya untuk membantu dalam proses permohonan universiti. Selepas submit dokumen dan isi universiti online application kat MABECS, kami diberitahu yang mereka hanya akan reply balik status dalam tempoh 2 minggu atau lebih. Adussss…… Disaster!

Bersambung part 3

Isnin, 30 Jun 2014

Menyambung Pelajaran Ke Luar Negara (Master): Pinjaman MARA 2014 – Part 1

Hari ini bermula puasa hari kedua dalam bulan Ramadan pada tahun 2014. Hati aku rasa tak sabar menanti  hari yang akan mengubah hidup aku dan famili aku. Insyaallah aku akan menyambung pelajaran ke University of Glasgow di UK untuk mengikuti pengajian bidang professional selepas Raya nanti. Sambil tu aku teringat perjalanan aku selama lima bulan yang lepas dan tersenyum apabila usaha aku dan isteriku membuahkan hasil.

Semuanya bermula pada bulan Februari, apabila wife aku mendapat info melalui rakan FB mengenai peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara melalui program khas PASCA SISWAZAH LUAR NEGARA 2014 tajaan MARA. So, wife aku maklum kat aku dan kami check website MARA untuk syarat permohonan bagi program pinjaman tersebut. Kami pun berbincang mengenai perancangan sambung belajar yang telah kami senaraikan dalam azam tahun ini ke peringkat Master disebabkan pengalaman kerja yang aku miliki. Aku sebenarnya excited mendengar peluang ini, so ‘I would rather die trying’ serta tak patah semangat dengan apa-apa constrain dan persaingan untuk mendapat pinjaman tersebut. Kami bersepakat yang rezeki adalah ditangan tuhan, kita hanya merancang dan melaksanakan sahaja.

Seperti biasa, permohonan tersebut dilakukan secara online, so aku perlu daftar dahulu untuk dapatkan kata laluan yang menggunakan No IC aku. Selepas tu, aku log in dan isi maklumat yang diminta seperti background diri, akademik dan pengalaman kerja. Dalam permohonan tu ada diminta universiti yang dipilih dan aku letak University of Birmingham sebagai pilihan. Aku nasihatkan kat sini, awal-awal lagi download Lampiran A - senarai universiti MARA (bersama syarat permohonan) atau check top 200 world ranking universities untuk peluang yang lebih baik. So bila dah siap, aku submit online form tersebut dua hari sebelum tarikh tutup pada 16 Februari 2014. Akhirnya, aku apply juga pinjaman tersebut dan tawakal kepada Allah s.w.t. untuk resultnya. Setiap hari aku adakan solat Duha dan Hajat agar dipermudahkan segala usaha kami.

                Since MARA kata keputusan layak menduduki ujian keluar 2 minggu kemudian, kami check website MARA untuk beberapa kali dalam seminggu untuk dapatkan update berkenaan keputusan permohonan tersebut. Wife aku lah yang paling kerap tolong check status, sambil cari info kat Google, sebab itu aku gelar dia ‘Miss Google’. Kami nasihatkan juga agar sentiasa check official FB page untuk program khas pinjaman MARA tersebut, seperti tahun ini kami check kat PASCAMARA 2014.  Mereka akan buat pengumuman serta memaklumkan jika ada apa-apa perubahan dalam page tersebut. Jangan tunggu sahaja dan harapkan e-mail reply, phone call atau sms daripada MARA.  Kena la proactive kalau nak belajar ke peringkat tinggi sebab mereka tak akan hantar maklum balas dan akibatnya ramai yang terlepas peluang.

                Untuk persediaan ke peringkat seterusnya, aku cadangkan agar apply dahulu universiti pilihan anda (ingat nasihat aku berdasarkan senarai universiti MARA atau top 200 world ranking universities). Apply lah sebanyak mana pun asalkan anda akan dapat Conditional Offer Letter dari pihak universiti (kalau dapat unconditional letter lagi bagus). Ianya salah satu syarat permohonan pinjaman MARA dan tips daripada rakan-rakan yang share pengalaman mereka memohon pinjaman pengajian MARA tahun sebelum ini di dalam blog. Kalau tak, jadi lah seperti kami yang kelam kabut last minit sebab tak baca betul-betul syarat permohonan dan tak take note info dari internet…. sengal.

Sambung part 2….

Sabtu, 28 Jun 2014

Menerima Budaya Korporat Baru




Penggabungan dan pengambilalihan sesebuah syarikat adalah amalan biasa yang kita dengar dalam dunia korporat. Ianya berlaku atas pelbagai faktor seperti kewangan, kepakaran dan persaingan. Syarikat aku bekerja pun tak terkecuali daripada berlaku perkara tersebut. Disebabkan syarikat memerlukan modal yang besar untuk meningkatkan keupayaan bagi tujuan bersaing di dalam dan luar negara, bergabung dengan syarikat luar adalah pilihan terbaik. Akses kepada kepakaran, teknologi dan suntikan pelaburan syarikat luar tersebut banyak memberi manfaat kepada syarikat. Tetapi, setiap perkara yang ‘pro’ ada ‘con’ pula.

Setiap penggabungan atau pengambilalihan sesebuah syarikat, maka akan berlaku lah juga pertembungan budaya antara dua syarikat. Ramai rakan-rakan sekerja aku yang tak ambil tahu sangat tentang budaya korporat (Corporate Culture) yang akan membentuk budaya kerja kita. Aku pun tak terkecuali juga sebab yang penting aku buat kerja rutin harian seperti biasa, gaji tak kacau, bonus tinggi dan banyak benefit yang aku boleh dapat dari syarikat (lagi banyak lagi bagus). Benda berkaitan budaya korporat, syarikat atau kerja ni adalah tanggung jawab pihak atasan, kami menerima dan follow saja.

Tetapi lama kelamaan, aku mula sedar untuk survive dan kekal dalam syarikat yang telah diambil alih, aku perlu memahami budaya korporat yang sedia ada dan baru. Pada pendapat aku, perubahan tetap akan berlaku sama ada kita suka atau tidak. Persoalannya ialah, sejauh mana kita boleh terima perubahan yang dibuat tanpa memahami apakah elemen budaya korporat yang baru. Sebagai contoh, jika syarikat membuat keputusan untuk mengecilkan organisasi dimana seseorang pekerja boleh ‘handle’ dua bidang tugas berbeza, sudah tentu kita berasa pihak pengurusan cuba mengambil kesempatan untuk memberi lebih banyak kerja tanpa menaikan gaji. Sedangkan pengurusan syarikat mahu mengamalkan konsep ‘flat hierarchy’ untuk memperbaiki kualiti komunikasi antara pekerja dan merapatkan jurang pihak pengurusan dan bawahan. Selain itu, apa yang timbul dalam kepala kita hanyalah bekerja untuk survive selama yang mungkin dalam syarikat tersebut.

Apabila kita memahami budaya korporat pengurusan baru, kita akan berasa passionate dengan kerja yang kita lakukan. Tahap professionalism kerja juga akan meningkat serta bersesuaian dengan pengurusan korporat tersebut. Begitu juga peluang untuk menaiki corporate ladder yang cerah apabila kita mempunyai hala tuju yang sama dengan pihak pengurusan. Namun, aku tak maksudkan bahawa kita hanya mengikut saja kehendak pengurusan, sebaliknya kita harus tahu untuk maneuver dalam pelbagai situasi agar mendapat sokongan dari pengurusan walaupun kita against keputusan mereka.

Pandangan aku cara nak menerima budaya korporat baru samalah seperti kita berhijrah ke tempat kerja baru, pada mulanya agak susah sebab berlainan cara bekerja, polisi dan sebagainya, tetapi lama-kelamaan kita akan faham dan terima. Tetapi kalau dah tak boleh ikut budaya kerja baru, alamatnya tukar je la tempat kerja dan cari yang bersesuaian dengan diri kita. Seperti yang aku katakan tadi, ramai kawan-kawan aku yang buat tak pot berakhir dengan struggle atau cuba survive selama mungkin dalam syarikat. Tak kurang juga yang berhijrah ke tempat kerja baru sebab tak tahan dengan perubahan. So, tidak ada istilah ‘safe secure job’ lagi dah dalam mana-mana kerja pun melainkan anda tauke gulung duit.

Khamis, 26 Jun 2014

Tips Nak Berjaya Dalam Kerjaya

Di sini aku nak share serba sedikit beberapa tips untuk berjaya dalam pekerjaan. Tips yang aku tulis ni adalah berdasarkan pengalaman kerja aku di sebuah syarikat MNC selama 11 tahun. Moga sesiapa yang membaca akan mendapat manfaat daripada tips yang diberikan….

Know what you want

Kalau nak berjaya, kena ada matlamat individu dalam kerjaya. Fikirkan sesuatu matlamat yang hendak dicapai dalam tempoh 5 tahun untuk jangkamasa panjang, 3 tahun dan 1 tahun untuk jangkamasa pendek. Matlamat yang difikirkan perlu lah rasional dan sentiasa di lihat semula dari masa ke semasa untuk memastikan keberkesanannya. Macam mana pula dengan KPI? KPI adalah matlamat yang berlainan (atau dikenali sbg ‘Goals’) kerana majikan yang akan tentukan elemen tersebut. Suka atau tidak, kita kena ikut dan capai matlamat tersebut kerana mempunyai 'mutual agreement' dengan majikan kita. Bagi yang ada KPI, disebabkan ianya matlamat tahunan, saya sarankan agar ianya diselaraskan dengan matlamat individu jangka pendek (1 tahun). Sasarkan berapa peratus pencapaian KPI kita mahukan dalam matlamat jangka pendek dan untuk kita berada dilandasan yang selari dengan matlamat jangka panjang.

Always believe in yourself

Aku selalu challenge diri aku untuk mengetuai projek atau task yang berkaitan penambahbaikan syarikat. Kadang-kadang ada baiknya ambil serba sedikit kerja bos agar kita belajar dan bersedia untuk memikul tanggungjawab pengurusan bila tiba masanya. Begitu juga jika diberi kerja senior, ketepikan sentimen yang kita akan ambil kerja orang lain dan orang tu goyang kaki sebab yang rugi mereka. Jangan lah pula baik hati buat kerja kerani atau staff sebab ia menunjukan kita tidak ‘efficient’, sebaliknya belajar ‘delegate’ tugas dan memberi arahan yang baik dengan mereka. Yakin bahawa kita mampu memikul dan melaksanakan amanah yang diberikan dengan baik.

Do your best

Untuk dapatkan yang terbaik, kena buat yang terbaik dalam apa jua tugasan yang diberi. Sentiasa komited dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakannya. Dapatkan pandangan rakan setugas berkenaan komitmen yang kita beri dalam kerja yang dibuat. Nilai diri kita dengan hasil kerja sama ada sudah mencapai apa yang diinginkan atau perlu diperbaiki.

Balance Quality and Quantity

Pastikan hasil kerja adalah berkualiti dan mengikut kuantiti yang mampu kita laksanakan. Jangan buat kerja berdasarkan kuantiti sebab ramai saja kat ofis tu nampak sibuk sampai bertimbun-timbun dokumen atas meja tapi hasil habuk pun tak ada. Ada pula yang ‘Tai Chi’ kerja sampai jadi minimum tetapi hasilnya masih tak berkualiti. Dalam hal ini, kita perlu bijak mengimbangkan kedua-dua elemen tersebut agar kita jadi efficient dan effective. Dapatkan pandangan bos atau rakan setugas tentang kerja yang dilaksanakan dan penambahbaikan yang perlu pada hasil kerja. Berbincang dengan bos untuk pastikan jumlah tugasan tidak terlalu ekstrem untuk kita laksanakan. Kalau tak kita akan ‘burnout’.

Sharpen your saw

Setiap hari aku akan belajar perkara baru melalui membaca atau pengalaman. Bersyukur juga sebab aku dapat berjumpa dengan beberapa orang yang sanggup share ilmu untuk aku perbaiki cara kerja aku. Pada masa yang sama aku banyak membaca buku untuk menambah ilmu dan selalunya aku cuba ‘implement’ ilmu tersebut semasa kerja. Aku sarankan agar banyak membaca buku berkaitan motivasi dan pengurusan kerana apabila menaiki organisasi korporat, elemen pengurusan menjadi semakin besar berbanding teknikal. Ambil masa 30 minit paling minima untuk membaca setiap hari atau ambil beberapa jam untuk sehari sahaja dalam seminggu untuk membaca. Digalakkan juga kepada yang berminat untuk pergi ke kursus atau seminar yang dianjurkan oleh pakar motivasi.

Manage your time

Kebanyakan yang bekerja dengan syarikat swasta (tak kira bidang apa pun), pihak pengurusan lebih suka melihat pekerja bekerja dari awal pagi sehingga lewat malam. Bos besar turun kat bos dan bos turun kat anak buah. Aku tak tahu apa masalah dengan depa ni seolah-olah ada penyakit keturunan. Aku sebenarnya tak setuju heret anak buah bekerja sampai lewat malam. Sepatutnya pengurus patut ambil tahu tentang pengurusan masa bekerja anak buah. Bukannya hukum anak buah yang datang lewat bekerja dan tak peduli apabila mereka balik lewat malam sebab nak siapkan tugas. Apa pun situasi, sebagai pekerja kita harus bijak dalam menguruskan masa sendiri. Selesaikan kerja mengikut keutamaan dan impak terhadap syarikat atau department. Jika terlalu banyak yang perlu diselesaikan dan sangat penting, ada baiknya dapatkan bantuan dari bos untuk mencari penyelesaian. Jaga ' Quality Time' bersama keluarga atau diri sendiri untuk keharmonian hidup. Jangan lupa juga untuk melaksanakan ibadah 5 waktu dalam kesibukan kita bekerja.

Jangan Terlalu Berharap Sangat



“The best will come when you least expect it”. Itu lah kata bos bangsa Perancis masa aku bekerja dengan dia dulu. Aku tengok ramai juga kawan-kawan aku yang terlalu berharap dapat naik pangkat tapi berakhir dengan perasaan hampa bila peluang tu diberi kat orang lain. Ada pula yang dah berkira-kira first time nak pergi ke luar negara untuk tugas atau meeting, siap canang satu ofis dan dalam FB lagi tue, pastu kene kensel atas sebab tertentu. Tu belum cerita pasal gaji atau bonus lagi tu….

Bila hasilnya tak berlaku seperti yang dijangkakan, dah tentu lah rasa tak puas hati atau frust timbul. Next thing yang berlaku ialah tak ada semangat bekerja, hasil kerja tak seperti yang diharapkan, pastu effect performance dan reputasi kita. Kalau bos jenis positif, selalunya bagi nasihat dan minta bersabar. Kalau yang lagi bijak pulak akan bagi alasan, “ Itu bukan keputusan I, pihak atasan yang buat.”. Tetapi untuk sejauh mana dan berapa lama kita nak dengar semua tu? Kalau tak kena gaya, sampai pencen pon dok dengar benda yang sama.

Pada fikiran aku, always jangan terlalu berharap untuk sesuatu ganjaran atau peluang berlaku mengikut kehendak kita. Melalui pengalaman aku sendiri pun, aku pernah merancang dan berusaha untuk menjadi seorang Head of Department bahagian Pengeluaran di tempat aku bekerja. Perjalanan kerjaya yang aku rancangkan tu dah nampak cantik sebab aku berpindah ke beberapa department yang berkaitan yang akan membantu ke arah jawatan tu. Aku sangat aktif dalam membantu pihak pengeluaran melalui tugasan ‘supporting role’ sebab aku fikir aku layak dapat jawatan tu. Tetapi dari masa ke semasa pengurusan ambil orang lain untuk jawatan tersebut. Sebaliknya, perkara yang tak dijangkakan berlaku. Pintu rezeki aku terbuka pula kat bahagian marketing dan aku terus ambil tawaran tersebut sebab aku dapat pengalaman baru dan peluang masa depan yang lebih baik. Banyak lagi perkara yang aku tak jangka berlaku dalam hidup aku. So, aku sentiasa berfikiran positif sahaja…

Always believe in Allah…. Apa pun Allah ada perancangannya sendiri untuk kita. Kadang kala peluang atau rezeki tak datang dengan mudah agar kita hargai dan menjadi hamba yang bersyukur. Ada kalanya Allah turunkan rezeki atau peluang dalam bentuk yang lain kerana itu yang terbaik untuk kita. Allah memberi apa yang kita perlukan bukan apa yang kita hendak.


            Nasihat aku, buat yang terbaik dan jangan lupa Allah, insyaallah ada rezeki yang akan tiba walaupun kadang-kadang bukan seperti yang kita mahukan atau dalam keadan yang mudah. Apabila datang rezeki tersebut, jadi penerima yang baik dan hamba yang bersyukur.