Anyway, sebab yang tak dapat dielakkan (sama ada busy atau malas nak menaip pun ya), dah nak dekat sebulan aku balik Malaysia baru nak menaip semula. Apa pun, aku rasa masih belum terlambat untuk terus bercerita serba sedikit pengalaman aku di UK dan diselang-selikan dengan topik-topik lain.
Perbezaan ketara yang aku rasa semasa tinggal kat UK ialah cuaca yang sejuk. Tambahan lagi lokasi Glasgow yang lebih jauh ke utara UK. Kalau masuk musim winter jawabnya kena pakai baju tebal la.
Tapi hari ni aku bukannya nak bercerita pasal cuaca, sebaliknya nak share pasal aku dan keluargaku berjalan sekitar bandar Glasgow. Untuk pengetahuan anda, bandar Glasgow diwar-warkan sebagai bandar terbesar di Scotland dan yang ketiga terbesar di UK.
Masa perjalanan
dari rumah kami di Anniesland ke pusat bandar Glasgow mengambil masa lebih
kurang dalam 40 minit dengan menaiki bas. Kami lebih selesa dengan Firstbus
kerana ada banyak alternatif untuk ke bandar seperti 4A, 19 dan 19A yang lalu
dihadapan rumah kami.
Cuma frekuensi bas tak lah sekerap berbanding di Great Western Road. Malah kami kena berjalan dalam 5 minit untuk manaiki bas disana. Bas yang lalu di jalan tu adalah bernombor 6, 6A dan 6C. Cuma aku nasihatkan korang check jadual bas terbaru di Glasgow sebab jadualnya kadang kala ditukar. Di bandar kami selalunya turun di Reinfield street sebab di sana ada banyak bas kalau nak ke destinasi lain.
Cuma frekuensi bas tak lah sekerap berbanding di Great Western Road. Malah kami kena berjalan dalam 5 minit untuk manaiki bas disana. Bas yang lalu di jalan tu adalah bernombor 6, 6A dan 6C. Cuma aku nasihatkan korang check jadual bas terbaru di Glasgow sebab jadualnya kadang kala ditukar. Di bandar kami selalunya turun di Reinfield street sebab di sana ada banyak bas kalau nak ke destinasi lain.
Antara tempat
menarik yang kami selalu sangat berkunjung adalah Buchanan Street dan Argyle
Street, di mana lokasi untuk mereka yang suka bershopping. Ada banyak kedai,
mall dan pasaraya di sepanjang jalan tersebut dan banyak barang branded dijual.
Kalau tak ada duit nak berbelanja sakan, window shopping pun dah kira OK…
kekeke
Ramai pengunjung pada hujung minggu
Habis aje
menyinggah beberapa kedai dan shopping mall (hobi isteri saya), kami akan pergi
ke restoran King untuk menikmati kebab dan pizza. Kedai tu terletak di Setakat
ni tempat tu agak murah dan makanannya banyak berbanding restoran halal lain. Lagi
pun, pilihan restoran halal adalah sangat terhad.
Pelbagai pilihan kedai untuk membeli belah
Kedai jenama Next
Selain tu, kami juga suka melepak kat George Square. Terdapat banyak manumen dan patung tokoh-tokoh ilmuan disini. Tempat ni selalu juga ada pelbagai aktiviti seperti perhimpunan untuk kemerdekaan Scotland, Christmas Market dan sebagainya.
Bergambar di George Square
Pandai depa buat lawak
Kadang-kadang
kami akan ke Sungai Clyde untuk menikmati pemandangan bandar Glasgow dari arah
sungai. Sungai tersebut dahulunya adalah penting untuk aktiviti perdagangan dan
pembuatan kapal. Keindahan Sungai Clyde berlatar belakang bandar Glasgow adalah
pengalaman yang sangat menyeronokan.
Setakat itu saja
yang aku nak share. Memang ada banyak lagi tempat menarik di sekitar bandar
Glasgow, walaupun tak sehebat London. Peluang untuk tinggal di Glasgow,
Scotland selama setahun adalah kenangan manis yang tak dapat aku lupakan.
Semoga ada rezeki nanti aku sekeluarga boleh melawat Glasgow semula.
Coretan Kenangan Travel
Shahrul Stryker




