Khamis, 3 Julai 2014

Menyambung Pelajaran Ke Luar Negara (Master): Pinjaman MARA 2014 – Part 3

Masa tak menyebelahi aku nampaknya, tapi aku tak boleh give up. Wife aku suggest tulis e-mail kepada pihak universiti untuk mempertimbangkan permohonan aku dan mengeluarkan offer letter. So, keesokan hari, iaitu Jumaat petang (waktu Malaysia) aku pun hantar e-mail dan berharap semuanya akan berjalan dengan lancar. Selang beberapa jam kemudian  aku dapat email daripada both universiti yang mengatakan mereka ambil sekurang-kurangnya seminggu untuk proses permohonan. Aku ada 5 hari lagi (tu belum tolak Sabtu dan Ahad!) sebelum interview dan aku fikir hantar sahaja without offer letter semasa interview nanti.

Pada hari Isnin aku pun buka e-mail aku untuk tengok any update. Aku terkejut yang University of Glasgow hantar Conditional Offer Letter kat aku. Alhamdulillah, bersyukur sebab ada harapan semasa interview nanti. Malah, University of Sheffield juga menghantar Conditional Offer Letter keesokkan harinya. Yes… Game On! Aku pun bersemangat prepare semua necessary dokumen seperti salinan slip menduduki ujian psychometric, slip temuduga, resume, offer letter universiti, I.C. dan surat beranak aku, I.C. dan surat beranak ibubapa, serta segala salinan sijil dan transkrip untuk dihantar. Tebal woooo… huhuhu…

Interview aku diadakan pada 9 April 2014 pada hari Rabu kat KKTM, Beranang, Selangor jam 2 petang. Aku sampai dalam 1 jam sebelum interview dan solat Zohor berjemaah kat surau KKTM. Tepat pukul 2 ptg semua calon di minta beratur untuk daftar. Memang ramai calon yang datang untuk interview pukul 2 petang tu, hampir dalam 100 orang (tak tau lah kalau ada lagi yang sedang mendaftar semasa aku interview). Kami dibahagikan 10 orang dalam satu kumpulan dan aku jatuh kumpulan ke 3.

Interview telah bermula! Kumpulan aku dipanggil untuk masuk ke bilik interview. Ada 3 fasa interview dan semuanya secara berkumpulan dan di bilik yang sama. Dua fasa interview tersebut membabitkan kerjasama berkumpulan dan kreativiti. Memang habis sempoi! Kami siap bergelak ketawa lagi dengan gelagat ahli kumpulan kami. Tetapi apa yang penting ialah kerjasama dan participation. Interview yang terakhir, kami diminta menjawab dua soalan. Soalan pertama ialah soalan umum dan masing-masing kene proaktif untuk menjawab. Soalan kedua pula setiap calon diberi peluang untuk justify kenapa anda layak untuk mendapat pinjaman MARA. Selesai proses interview, sesi soal jawab dengan pegawai MARA dan mereka beritahu yang tempat terhad serta calon sangat ramai. Pada masa yang sama, mereka mahu beri lebih tumpuan kepada universiti selain dari UK. Aku sangat puas hati dengan sesi interview tu dan tawakal yang rezeki tu datang dari Allah. Aku seronok dengan group aku pasal sangat energetic, kreatif dan open minded. By the end of the day, the interview was fun and thanks to MARA for the opportunity.

Sementara itu, calon yang berada di luar negara tak perlu hadir ke interview seperti kami di dalam negara. Sebaliknya mereka perlu lalui satu lagi ujian psychometric secara online. Apa pun aku wish good luck juga kat mereka. Step aku seterusnya, menunggu keputusan…….


Bersambung part 4

Rabu, 2 Julai 2014

Menyambung Pelajaran Ke Luar Negara (Master): Pinjaman MARA 2014 – Part 2

Lebih 2 minggu selepas dari tarikh tutup, seperti biasa kami check status permohonan dalam website MARA dan perkara yang tak diduga berlaku.  Aku diminta menduduki psychometric test secara online dan hadir untuk interview. Tarikh dan masa untuk ujian psychometric diberikan tetapi untuk interview pula hanya ada tarikh, zon dan negeri. Manakala masa dan tempat interview tidak dimaklumkan. Berdebar-debar lah jadinya sebab tak pernah menduduki ujian tu. So, aku check la info kat website dan banyak tips yang aku dapat jadikan rough idea untuk menduduki ujian psychometric.

Ujian psychometric online aku diadakan pada 20 Mac 2014 jam 2.00 petang. So bila dah tiba time aku pun log in masuk dan ujian tu bermula selama 1 jam. Ianya terbahagi kepada 3 bahagian, lebih kurang 100 soalan objective dalam bahasa melayu dan Inggeris. Good news! tiada soalan essay dalam ujian tu. Soalan bahagian A lebih kepada menguji IQ, soalan bahagian B pula berkenaan dengan personality traits, dan soalan bahagian C berkaitan soalan am dan perlembagaan. Alhamdulillah aku sempat jawab kesemuanya walaupun masa sangat pendek. Beberapa saat sebelum tamat, aku selesai menjawab dan tekan button hantar, tetapi tak ada apa-apa berlaku. Tiba-tiba sahaja notification bertulis masa telah tamat dan aku telah menduduki ujian psychometric keluar kat screen. Aku cuma tawakal sahaja sebab MARA beritahu dalam FB yang segala ujian tersebut akan direkod secara automatik setelah tamat tempoh.

Sementara itu, tarikh interview aku ditunda ke tarikh yang akan diberitahu nanti. Kali ini aku sentiasa ikut update yang diberi oleh pihak MARA kerana mereka sedang menjalankan interview di negeri-negeri lain. Seperti biasa aku dapatkan lagi maklumat daripada blog sekadar nak bersiap sedia. Kat sini yang aku kata jadi kelam kabut tadi. Ingat tak conditional offer letter dari universiti? Sebaiknya bawa offer letter ke interview untuk menunjukkan kepada pegawai MARA tentang kesungguhan anda nak sambung pelajaran dan pihak universiti menerima anda. Kalau tak ada, aku rasa harapan nak dapat pinjaman akan jadi tipis sebab persaingan. Apa lagi, aku dengan wife aku pun bertukus lumus lah check maklumat nak apply universiti kat US, Canada, Australia dan UK.

Aku gunakan senarai universiti yang disediakan oleh MARA semasa permohonan online hari tu. Kami melihat requirement yang diperlukan untuk memohon universiti dan tempoh pengajian. At last, kami senarai pendek 2 universiti di UK iaitu University of Sheffield dan University of Glasgow berbanding dengan universiti lain. Sementara aku sibuk menyediakan semua dokumen yang hendak diserahkan ke universiti, tarikh untuk interview aku telah dikeluarkan oleh MARA iaitu pada 9 April 2014. Dipendekkan cerita, 6 hari sebelum interview semua dokumen yang diperlukan dah ready dan kami  pergi ke MABECS kat Petaling Jaya untuk membantu dalam proses permohonan universiti. Selepas submit dokumen dan isi universiti online application kat MABECS, kami diberitahu yang mereka hanya akan reply balik status dalam tempoh 2 minggu atau lebih. Adussss…… Disaster!

Bersambung part 3