Sabtu, 28 Jun 2014

Menerima Budaya Korporat Baru




Penggabungan dan pengambilalihan sesebuah syarikat adalah amalan biasa yang kita dengar dalam dunia korporat. Ianya berlaku atas pelbagai faktor seperti kewangan, kepakaran dan persaingan. Syarikat aku bekerja pun tak terkecuali daripada berlaku perkara tersebut. Disebabkan syarikat memerlukan modal yang besar untuk meningkatkan keupayaan bagi tujuan bersaing di dalam dan luar negara, bergabung dengan syarikat luar adalah pilihan terbaik. Akses kepada kepakaran, teknologi dan suntikan pelaburan syarikat luar tersebut banyak memberi manfaat kepada syarikat. Tetapi, setiap perkara yang ‘pro’ ada ‘con’ pula.

Setiap penggabungan atau pengambilalihan sesebuah syarikat, maka akan berlaku lah juga pertembungan budaya antara dua syarikat. Ramai rakan-rakan sekerja aku yang tak ambil tahu sangat tentang budaya korporat (Corporate Culture) yang akan membentuk budaya kerja kita. Aku pun tak terkecuali juga sebab yang penting aku buat kerja rutin harian seperti biasa, gaji tak kacau, bonus tinggi dan banyak benefit yang aku boleh dapat dari syarikat (lagi banyak lagi bagus). Benda berkaitan budaya korporat, syarikat atau kerja ni adalah tanggung jawab pihak atasan, kami menerima dan follow saja.

Tetapi lama kelamaan, aku mula sedar untuk survive dan kekal dalam syarikat yang telah diambil alih, aku perlu memahami budaya korporat yang sedia ada dan baru. Pada pendapat aku, perubahan tetap akan berlaku sama ada kita suka atau tidak. Persoalannya ialah, sejauh mana kita boleh terima perubahan yang dibuat tanpa memahami apakah elemen budaya korporat yang baru. Sebagai contoh, jika syarikat membuat keputusan untuk mengecilkan organisasi dimana seseorang pekerja boleh ‘handle’ dua bidang tugas berbeza, sudah tentu kita berasa pihak pengurusan cuba mengambil kesempatan untuk memberi lebih banyak kerja tanpa menaikan gaji. Sedangkan pengurusan syarikat mahu mengamalkan konsep ‘flat hierarchy’ untuk memperbaiki kualiti komunikasi antara pekerja dan merapatkan jurang pihak pengurusan dan bawahan. Selain itu, apa yang timbul dalam kepala kita hanyalah bekerja untuk survive selama yang mungkin dalam syarikat tersebut.

Apabila kita memahami budaya korporat pengurusan baru, kita akan berasa passionate dengan kerja yang kita lakukan. Tahap professionalism kerja juga akan meningkat serta bersesuaian dengan pengurusan korporat tersebut. Begitu juga peluang untuk menaiki corporate ladder yang cerah apabila kita mempunyai hala tuju yang sama dengan pihak pengurusan. Namun, aku tak maksudkan bahawa kita hanya mengikut saja kehendak pengurusan, sebaliknya kita harus tahu untuk maneuver dalam pelbagai situasi agar mendapat sokongan dari pengurusan walaupun kita against keputusan mereka.

Pandangan aku cara nak menerima budaya korporat baru samalah seperti kita berhijrah ke tempat kerja baru, pada mulanya agak susah sebab berlainan cara bekerja, polisi dan sebagainya, tetapi lama-kelamaan kita akan faham dan terima. Tetapi kalau dah tak boleh ikut budaya kerja baru, alamatnya tukar je la tempat kerja dan cari yang bersesuaian dengan diri kita. Seperti yang aku katakan tadi, ramai kawan-kawan aku yang buat tak pot berakhir dengan struggle atau cuba survive selama mungkin dalam syarikat. Tak kurang juga yang berhijrah ke tempat kerja baru sebab tak tahan dengan perubahan. So, tidak ada istilah ‘safe secure job’ lagi dah dalam mana-mana kerja pun melainkan anda tauke gulung duit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan