Lebih 2 minggu selepas
dari tarikh tutup, seperti biasa kami check status permohonan dalam website
MARA dan perkara yang tak diduga berlaku.
Aku diminta menduduki psychometric
test secara online dan hadir
untuk interview. Tarikh dan masa
untuk ujian psychometric diberikan tetapi untuk interview pula hanya ada tarikh,
zon dan negeri. Manakala masa dan tempat interview tidak dimaklumkan. Berdebar-debar
lah jadinya sebab tak pernah menduduki ujian tu. So, aku check la info kat
website dan banyak tips yang aku dapat jadikan rough idea untuk menduduki ujian
psychometric.
Ujian psychometric online
aku diadakan pada 20 Mac 2014 jam 2.00 petang. So bila dah tiba time aku pun
log in masuk dan ujian tu bermula selama
1 jam. Ianya terbahagi kepada 3
bahagian, lebih kurang 100 soalan objective dalam bahasa melayu dan
Inggeris. Good news! tiada soalan essay
dalam ujian tu. Soalan bahagian A lebih kepada menguji IQ, soalan bahagian B pula
berkenaan dengan personality traits, dan soalan bahagian C berkaitan soalan am
dan perlembagaan. Alhamdulillah aku sempat jawab kesemuanya walaupun masa
sangat pendek. Beberapa saat sebelum tamat, aku selesai menjawab dan tekan
button hantar, tetapi tak ada apa-apa berlaku. Tiba-tiba sahaja notification
bertulis masa telah tamat dan aku telah menduduki ujian psychometric keluar kat
screen. Aku cuma tawakal sahaja sebab MARA beritahu dalam FB yang segala ujian
tersebut akan direkod secara automatik setelah tamat tempoh.
Sementara itu,
tarikh interview aku ditunda ke tarikh yang akan diberitahu nanti. Kali ini aku
sentiasa ikut update yang diberi oleh pihak MARA kerana mereka sedang
menjalankan interview di negeri-negeri lain. Seperti biasa aku dapatkan lagi
maklumat daripada blog sekadar nak bersiap sedia. Kat sini yang aku kata jadi
kelam kabut tadi. Ingat tak conditional offer letter dari universiti? Sebaiknya
bawa offer letter ke interview untuk menunjukkan kepada pegawai MARA tentang kesungguhan
anda nak sambung pelajaran dan pihak universiti menerima anda. Kalau tak ada,
aku rasa harapan nak dapat pinjaman akan jadi tipis sebab persaingan. Apa lagi,
aku dengan wife aku pun bertukus lumus lah check maklumat nak apply universiti
kat US, Canada, Australia dan UK.
Aku gunakan
senarai universiti yang disediakan oleh MARA semasa permohonan online hari tu. Kami
melihat requirement yang diperlukan untuk memohon universiti dan tempoh
pengajian. At last, kami senarai pendek 2 universiti di UK iaitu University of
Sheffield dan University of Glasgow berbanding dengan universiti lain.
Sementara aku sibuk menyediakan semua dokumen yang hendak diserahkan ke universiti,
tarikh untuk interview aku telah dikeluarkan oleh MARA iaitu pada 9 April 2014.
Dipendekkan cerita, 6 hari sebelum interview semua dokumen yang diperlukan dah
ready dan kami pergi ke MABECS kat Petaling Jaya untuk membantu
dalam proses permohonan universiti. Selepas submit dokumen dan isi universiti online
application kat MABECS, kami diberitahu yang mereka hanya akan reply balik status
dalam tempoh 2 minggu atau lebih. Adussss…… Disaster!
Bersambung part 3
Tiada ulasan:
Catat Ulasan