“The best will
come when you least expect it”. Itu lah kata bos bangsa Perancis masa aku bekerja
dengan dia dulu. Aku tengok ramai juga kawan-kawan aku yang terlalu berharap
dapat naik pangkat tapi berakhir dengan perasaan hampa bila peluang tu diberi kat
orang lain. Ada pula yang dah berkira-kira first time nak pergi ke luar negara
untuk tugas atau meeting, siap canang satu ofis dan dalam FB lagi tue, pastu
kene kensel atas sebab tertentu. Tu belum cerita pasal gaji atau bonus lagi
tu….
Bila hasilnya tak
berlaku seperti yang dijangkakan, dah tentu lah rasa tak puas hati atau frust
timbul. Next thing yang berlaku ialah tak ada semangat bekerja, hasil kerja tak
seperti yang diharapkan, pastu effect performance dan reputasi kita. Kalau bos
jenis positif, selalunya bagi nasihat dan minta bersabar. Kalau yang lagi bijak
pulak akan bagi alasan, “ Itu bukan keputusan I, pihak atasan yang buat.”.
Tetapi untuk sejauh mana dan berapa lama kita nak dengar semua tu? Kalau tak
kena gaya, sampai pencen pon dok dengar benda yang sama.
Pada fikiran
aku, always jangan terlalu berharap untuk sesuatu ganjaran atau peluang berlaku
mengikut kehendak kita. Melalui pengalaman aku sendiri pun, aku pernah
merancang dan berusaha untuk menjadi seorang Head of Department bahagian Pengeluaran
di tempat aku bekerja. Perjalanan kerjaya yang aku rancangkan tu dah nampak
cantik sebab aku berpindah ke beberapa department yang berkaitan yang akan membantu
ke arah jawatan tu. Aku sangat aktif dalam membantu pihak pengeluaran melalui
tugasan ‘supporting role’ sebab aku fikir aku layak dapat jawatan tu. Tetapi dari masa ke semasa pengurusan ambil orang lain untuk jawatan tersebut. Sebaliknya, perkara yang tak
dijangkakan berlaku. Pintu rezeki aku terbuka pula kat bahagian marketing dan
aku terus ambil tawaran tersebut sebab aku dapat pengalaman baru dan peluang masa depan yang lebih baik. Banyak lagi perkara yang aku tak jangka
berlaku dalam hidup aku. So, aku sentiasa berfikiran positif sahaja…
Always believe
in Allah…. Apa pun Allah ada perancangannya sendiri untuk kita. Kadang kala
peluang atau rezeki tak datang dengan mudah agar kita hargai dan menjadi hamba
yang bersyukur. Ada kalanya Allah turunkan rezeki atau peluang dalam bentuk
yang lain kerana itu yang terbaik untuk kita. Allah memberi apa yang kita perlukan bukan apa yang kita hendak.
Nasihat
aku, buat yang terbaik dan jangan lupa Allah, insyaallah ada rezeki yang akan
tiba walaupun kadang-kadang bukan seperti yang kita mahukan atau dalam keadan
yang mudah. Apabila datang rezeki tersebut, jadi penerima yang baik dan hamba
yang bersyukur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan