Selasa, 16 September 2014

Menyambung Pelajaran Ke Luar Negara (Master): Pinjaman MARA 2014 – Part 5

Malam tu juga aku call Glasgow Uni untuk follow up bila surat unconditional letter boleh dikeluarkan. Pihak uni bagitau aku yang dokumen perlu dimasukkan secara online. Aku ingat MABECS dah settlekan, rupa-rupanya mereka hanya hantar e-mail ke pihak uni. So aku pun kenalah upload sendiri dokumen tu. Pada masa yang sama aku hantar e-mail minta mereka hantar segera surat unconditional.

Pada hari Isnin minggu berikutnya (23 Jun 2014) pihak uni balas e-mail aku dan mereka masih hantar conditional offer letter yang mana yuran pengajian perlu diselesaikan. Aku konfius juga dengan surat nih dan kalau ikut pengalaman wife aku, surat tu kena jadi unconditional offer. Aku terpaksa call lagi sekali pihak uni untuk dapatkan penjelasan mereka. Diorang bagitau yang ada kesilapan dan surat akan dikeluarkan dengan segera. Aku tunggu la reply dari pihak uni sepanjang hari.

Bila dah nak masuk tengah malam waktu Malaysia, aku masih tak dapat apa-apa e-mail. Agak kalut juga sebab waktu pejabat tutup dah nak dekat kat UK. Dah tentu diorang malas nak layan sangat. Mula-mula call, diorang kata akan follow up dan bagi feedback kemudian. Kemudian aku call lagi sekali dan kali ni diorang layan sebab aku kata surat tu diperlukan urgent untuk secure sponsorship. Nasib baik la minah saleh ni layan aku walaupun dah nak habis waktu kerja. Alasan yang dia bagi pula adalah disebabkan oleh kesilapan dalam system. Aku sengaja pressure mereka supaya surat tu diperbetulkan dan dikeluarkan dengan segera. Hehehe…

Keesokan pagi (24 Jun 2014) aku dapat juga surat unconditional dari Glasgow uni. Aku compile kesemua dokumen yang diperlukan untuk dihantar semula ke MARA. Dokumen-dokumen disusun mengikut arahan dalam borang dan checklist. All set and ready to go!

Aku hantar tawaran bersyarat ke HQ MARA kat KL. Aku pastikan pegawai MARA semak satu persatu borang serta dokumen yang aku hantar dan cop terima pada dokumen tu. Selepas itu, aku ambil gambar dokumen yang telah dicop sebagai bukti terima. Pegawai MARA maklumkan kat aku yang tawaran rasmi akan dikeluarkan dalam tempoh 7 hingga 21 hari dari tarikh terima. Pada hari yang sama juga aku balik kampung wife aku kat KB. Kami nak sambut hari pertama puasa kat sana… yeehaa….

Bersambung part 6

2 ulasan:

  1. Hi, brape lama uni of glasgow keluarkan offer letter lps u apply? Thx :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, sorry lambat reply. Pihak uni ambil masa kurang dari seminggu untuk keluarkan offer letter. Tapi u kena justify yang u perlukan conditional letter untuk secure sponsorship. Kena proaktif sikit hantar e-mail kat diorang merayu dipercepatkan proses. Insyaallah diorang akan pertimbangkan.

      Padam