Malam tu juga aku
call Glasgow Uni untuk follow up bila surat unconditional letter boleh
dikeluarkan. Pihak uni bagitau aku yang dokumen perlu dimasukkan secara online.
Aku ingat MABECS dah settlekan, rupa-rupanya mereka hanya hantar e-mail ke
pihak uni. So aku pun kenalah upload sendiri dokumen tu. Pada masa yang sama
aku hantar e-mail minta mereka hantar segera surat unconditional.
Pada hari Isnin
minggu berikutnya (23 Jun 2014) pihak uni balas e-mail aku dan mereka masih
hantar conditional offer letter yang mana yuran pengajian perlu diselesaikan.
Aku konfius juga dengan surat nih dan kalau ikut pengalaman wife aku, surat tu
kena jadi unconditional offer. Aku terpaksa call lagi sekali pihak uni untuk
dapatkan penjelasan mereka. Diorang bagitau yang ada kesilapan dan surat akan
dikeluarkan dengan segera. Aku tunggu la reply dari pihak uni sepanjang hari.
Bila dah nak
masuk tengah malam waktu Malaysia, aku masih tak dapat apa-apa e-mail. Agak
kalut juga sebab waktu pejabat tutup dah nak dekat kat UK. Dah tentu diorang
malas nak layan sangat. Mula-mula call, diorang kata akan follow up dan bagi
feedback kemudian. Kemudian aku call lagi sekali dan kali ni diorang layan
sebab aku kata surat tu diperlukan urgent untuk secure sponsorship. Nasib baik
la minah saleh ni layan aku walaupun dah nak habis waktu kerja. Alasan yang dia
bagi pula adalah disebabkan oleh kesilapan dalam system. Aku sengaja pressure
mereka supaya surat tu diperbetulkan dan dikeluarkan dengan segera. Hehehe…
Keesokan pagi
(24 Jun 2014) aku dapat juga surat unconditional dari Glasgow uni. Aku compile
kesemua dokumen yang diperlukan untuk dihantar semula ke MARA. Dokumen-dokumen
disusun mengikut arahan dalam borang dan checklist. All set and ready to go!
Aku hantar
tawaran bersyarat ke HQ MARA kat KL. Aku pastikan pegawai MARA semak satu
persatu borang serta dokumen yang aku hantar dan cop terima pada dokumen tu.
Selepas itu, aku ambil gambar dokumen yang telah dicop sebagai bukti terima.
Pegawai MARA maklumkan kat aku yang tawaran rasmi akan dikeluarkan dalam tempoh
7 hingga 21 hari dari tarikh terima. Pada hari yang sama juga aku balik kampung
wife aku kat KB. Kami nak sambut hari pertama puasa kat sana… yeehaa….
Bersambung part 6
Hi, brape lama uni of glasgow keluarkan offer letter lps u apply? Thx :)
BalasPadamHi, sorry lambat reply. Pihak uni ambil masa kurang dari seminggu untuk keluarkan offer letter. Tapi u kena justify yang u perlukan conditional letter untuk secure sponsorship. Kena proaktif sikit hantar e-mail kat diorang merayu dipercepatkan proses. Insyaallah diorang akan pertimbangkan.
Padam