Khamis, 9 April 2015

Rumah sewa kami di Anniesland, Glasgow, Scotland

Sekarang sudah 7 bulan saya sekeluarga tinggal di Anniesland, Glasgow. Sebenarnya, kawasan ni bukanlah first choice kami sebab jaraknya agak jauh ke Business School kat University of Glasgow. Kami memilih untuk tinggal di Anniesland setelah selama dua minggu tak dapat cari rumah atau flat untuk di sewa dekat dengan uni sebaik sahaja tiba di bumi Glasgow pada awal bulan September 2014. Kebanyakan student Malaysia yang menyewa disini mengikuti pengajian di Veterinary School yang terletak di Anniesland.

Apa pun kami bersyukur sebab dapat menyewa rumah ni walaupun harga sewa £550 dan tanpa perabot agak mahal kalau dibandingkan dengan flat pada harga £450 di kawasan yang sama. Rumah yang kami sewa terletak di Fulton Street dan jenis rumah pula adalah Semi D dua tingkat (tetapi ala town house). Kami tinggal di ground floor dan tingkat atas pula didiami oleh jiran mat saleh. Rumah ni ada dua bilik tidur dan satu bilik air. Satu daripada bilik tidur kami gunakan untuk tetamu yang akan bermalam di rumah kami. Ruang tamu tak lah besar sangat sebab hanya muat satu sofa tiga tempat duduk, satu sofa dua tempat duduk, TV dan meja makan untuk 4 orang jika nak dibandingkan dengan rumah kami di Malaysia tapi sudah cukup selesa untuk kami bertiga. Ruang dapur pula ada kitchen cabinet, dilengkapi dengan dapur masak serta oven jenis gas, satu peti ais beku sais kecil (untuk simpan daging beku), satu peti ais biasa sais kecil dan mesin basuh.



                                                    Laman dan bahagian depan rumah
                                          Farmasi Boots, klinik GP dan juga perhentian bas


                                                Bersiar-siar di taman berhampiran rumah

Keseluruhan sistem pemanas rumah ini adalah jenis ‘gas central heating’ yang menggunakan boiler gas jenis lama. Air panas akan disimpan dalam tangki khas sebab boiler mengambil masa yang lama untuk memanaskan air. Tetapi sistem pemanas menggunakan gas dikatakan jauh lebih murah kalau nak dibandingkan dengan pemanas menggunakan elektrik.

Sebenarnya semasa kami pindah masuk, boiler tiba-tiba rosak. Nak basuh pinggan mangkuk atau tangan terpaksa lah hadap air sejuk. Nasib baik tuan rumah ni ada pasang electric water heater untuk mandi. Tetapi kalau nak pasang selalu pun sudah tentu bil elektrik jadi mahal nanti. Setelah kami mengadu kat agen dan tuan rumah, mereka aturkan technician daripada Scottish Gas untuk check keadaan boiler. Dipendekkan cerita, setelah persetujuan antara tuan rumah dan Scottish Gas, boiler kami ditukar kepada model baru. Unit boiler menggunakan gas yang baru ditukar untuk central heating kali ini adalah sangat efisyen sebab mengambil masa kurang dari seminit untuk panaskan air. Jadi tangki untuk simpan air panas tak diperlukan lagi. Akhirnya masalah kami selesai setelah lebih dari seminggu tinggal tanpa sistem pemanas. Nasib baik belum masuk musim sejuk, jadi boleh lah tahan sejuk lagi. 


                                                      Supermarket Morrisons berhampiran

Lokasi rumah kami pula berdepan dengan GP dan farmasi boots. Kalau nak jumpa doktor atau nak beli ubat, kami hanya berjalan kurang seminit sahaja untuk ke sana. Samalah juga kalau nak travel ke universiti atau bandar Glasgow, ada perhentian bas lagi kat depan rumah. Perjalanan dengan bas untuk ke universiti mengambil masa 20 minit, manakala untuk ke bandar mengambil masa 30 minit atau 40 minit. Paling best rumah kami berdekatan dengan supermarket Morrisons, Aldi dan M&S. Kami hanya berjalan tak sampai 10 minit untuk ke sana. Pelbagai barangan keperluan harian termasuk ikan dan sayur boleh didapati pada harga yang berpatutan. Cuma ayam dan daging halal tak dijual di Anniesland dan perlu travel jauh untuk dapatkannya. Jika nak ke Poundland pula, kami akan berjalan kurang dari 10 minit ke Anniesland Cross yang terletak di Great Western Road. Di sini adalah pekan yang juga terdapat pelbagai kedai runcit serta bank tetapi tiada satu pun restoran halal. Jadi kena banyak memasak kat rumah lah ye...

                                   Kawasan kedai Anniesland di Great Western Road dan ScotRail

Di sini tidak ada masalah untuk travel ke bandar atau sekitar Glasgow menggunakan pengangkutan awam kerana ada banyak bas dan teksi. Malah boleh juga naik ScotRail (keretapi) untuk ke bandar atau travel keluar dari Glasgow.

Bagi mereka yang bakal belajar di University of Glasgow dan mahu mencari rumah sewa kelak, bolehlah tinjau dan pertimbangkan kawasan Anniesland.
Setakat ini saja yang boleh saya share. Insyaallah saya akan terus berkongsi pengalaman saya dengan anda semua lagi.


Khamis, 1 Januari 2015

Menyambung Pelajaran Ke Luar Negara (Master): Pinjaman MARA 2014 – Part 6

Dah 4 bulan aku tak update blog nie. Macam-macam hal berlaku dalam perjalanan aku dan family untuk ke Glasgow. Kat ne aku stop?...Oh ya… aku stop menulis kat tunggu tawaran rasmi. Semasa awal bulan puasa tu (tak silap 5hb Julai) aku terima e-mail surat tawaran rasmi dari MARA. Nampaknya lagi sekali aku kena berhempas pulas untuk melengkapkan dokumen yang diperlukan untuk tawaran rasmi. Dokumen yang dihantar MARA:

1. Surat tawaran
2. Lampiran A
3. Penyata Kewangan (Financial Statement)
4. Syarat & Peraturan Pinjaman MARA
5. Surat Perjanjian Pinjaman Pelajar
6. Surat Iringan Pinjaman Pelajar
7. Borang Payment Instructions (LPP06)
8. Borang Kemasukan Fail Induk Pelajar
9. Borang Letter of Consent
10. Borang Permohonan Tiket Penerbangan

Bab lengkapkan dokumen 1 tak susah sebab hanya perlu aku dan ibu atau bapa aku yang tandatangan (pastikan lima copy). Selepas itu buat jumlah copy yang sama juga untuk dokumen 2 dan lampirkan bersama setiap dokumen 1. So aku tunggu balik KL je nanti untuk lengkapkan bersama dokumen yang lain. Bab yang paling mencabar ialah nak dapatkan penjamin bagi pihak MARA bagi dokumen 4, 5 dan 6. Ibubapa dan adik beradik aku bukan lah bekerja tetap, hanya sekadar berniaga kecil-kecilan sahaja. Jadi, lebih meyakinkan kalau aku dapatkan penjamin yang bekerja. Kalau penjamin tu bekerja di swasta atau kerajaan, perlu ada pengesahan majikan dan tempoh masa yang diberi untuk lengkapkan borang dari kedua-dua penjamin sangat singkat (14 hari). Dalam kes aku nie, walaupun dah awal-awal lagi aku aturkan masa dengan saudara mara dan kawan-kawan aku, tapi nak dapatkan kerjasama dengan diorang tak lah senang. Masing-masing tak angkat telefon bila call berkali-kali. Mungkin diorang busy atau mungkin bergantung pada kesanggupan individu terbabit kot… tak nak komen lebih. Apa pun orang lain mungkin nasibnya berbeza….

Aku pun minta bapa dan adik aku jadi penjamin untuk pinjaman MARA serta menulis surat rasmi menyatakan pekerjaan dan gaji yang diterima. Bagi tujuan pengesahan dan saksi, ayah aku buat temujanji dengan JKKKP untuk membantu. Selang dua hari kemudian aku pun balik KL sebab nak settlekan semua dokumen tue. Dokumen 4 perlu ada satu salinan pelajar dan satu bagi setiap penjamin beserta surat pengesahan gaji dan salinan kad pengenalan. Manakala dokumen 5 dan 6 perlu ada lima salinan setiap dokumen. Keesokannya aku lengkapkan semua bahagian dokumen (1, 4, 5 dan 6) yang aku nyatakan tadi dan dapatkan tandatangan penjamin. Malamnya pula aku berjumpa dengan JKKKP untuk tandatangan saksi serta pengesahan surat-surat berkaitan. Settle satu bab….

Untuk melengkapkan dokumen tersebut, aku perlu dapatkan cop pesuruhjaya sumpah bagi dokumen 4 dan setem lembaga hasil untuk dokumen 5. So aku pun pegi la dapatkan cop tue pada hari berikutnya. Bayaran yang dikenakan untuk pesuruhjaya sumpah dalam RM 4 setiap dokumen manakala RM 10 untuk setiap dokumen perjanjian pinjaman. Aku lengkapkan dokumen 8 dan susun kesemua dokumen untuk dihantar mengikut arahan. Dokumen 7 dan 9 hanya perlu dihantar apabila tiba di luar negara. Manakala dokumen 10 dihantar jika mahukan MARA beli tiket flight. 

Aku buat keputusan untuk beli saja tiket flight dan claim MARA. Nanti aku jelaskan lebih lanjut dalam artikel berikutnya. Siap semua dokumen tu, pada 9hb Julai aku pun hantar ke HQ MARA di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur. Bila hantar tu pastikan stepler atau binding dokumen 5 dan 6 sebab pegawai MARA akan reject kalau tak elok. Pegawai MARA semak dokumen aku satu persatu dan apabila berpuas hati, pegawai tu cop terima dokumen tersebut. Aku ambil gambar front page dokumen yang diterima pegawai untuk bukti penghantaran. 

Lepas nie boleh la ke proses seterusnya, nak apply visa dan tiket flight…

Selasa, 16 September 2014

Menyambung Pelajaran Ke Luar Negara (Master): Pinjaman MARA 2014 – Part 5

Malam tu juga aku call Glasgow Uni untuk follow up bila surat unconditional letter boleh dikeluarkan. Pihak uni bagitau aku yang dokumen perlu dimasukkan secara online. Aku ingat MABECS dah settlekan, rupa-rupanya mereka hanya hantar e-mail ke pihak uni. So aku pun kenalah upload sendiri dokumen tu. Pada masa yang sama aku hantar e-mail minta mereka hantar segera surat unconditional.

Pada hari Isnin minggu berikutnya (23 Jun 2014) pihak uni balas e-mail aku dan mereka masih hantar conditional offer letter yang mana yuran pengajian perlu diselesaikan. Aku konfius juga dengan surat nih dan kalau ikut pengalaman wife aku, surat tu kena jadi unconditional offer. Aku terpaksa call lagi sekali pihak uni untuk dapatkan penjelasan mereka. Diorang bagitau yang ada kesilapan dan surat akan dikeluarkan dengan segera. Aku tunggu la reply dari pihak uni sepanjang hari.

Bila dah nak masuk tengah malam waktu Malaysia, aku masih tak dapat apa-apa e-mail. Agak kalut juga sebab waktu pejabat tutup dah nak dekat kat UK. Dah tentu diorang malas nak layan sangat. Mula-mula call, diorang kata akan follow up dan bagi feedback kemudian. Kemudian aku call lagi sekali dan kali ni diorang layan sebab aku kata surat tu diperlukan urgent untuk secure sponsorship. Nasib baik la minah saleh ni layan aku walaupun dah nak habis waktu kerja. Alasan yang dia bagi pula adalah disebabkan oleh kesilapan dalam system. Aku sengaja pressure mereka supaya surat tu diperbetulkan dan dikeluarkan dengan segera. Hehehe…

Keesokan pagi (24 Jun 2014) aku dapat juga surat unconditional dari Glasgow uni. Aku compile kesemua dokumen yang diperlukan untuk dihantar semula ke MARA. Dokumen-dokumen disusun mengikut arahan dalam borang dan checklist. All set and ready to go!

Aku hantar tawaran bersyarat ke HQ MARA kat KL. Aku pastikan pegawai MARA semak satu persatu borang serta dokumen yang aku hantar dan cop terima pada dokumen tu. Selepas itu, aku ambil gambar dokumen yang telah dicop sebagai bukti terima. Pegawai MARA maklumkan kat aku yang tawaran rasmi akan dikeluarkan dalam tempoh 7 hingga 21 hari dari tarikh terima. Pada hari yang sama juga aku balik kampung wife aku kat KB. Kami nak sambut hari pertama puasa kat sana… yeehaa….

Bersambung part 6

Menyambung Pelajaran Ke Luar Negara (Master): Pinjaman MARA 2014 – Part 4

 Dari hari ke hari dan dari minggu ke minggu aku tunggu keputusan MARA. Kalau ikutkan info masa interview hari tue hujung bulan April, nih dah nak masuk pertengahan bulan Mei masih tak ada berita. Aku call MARA bertanya bila result keluar tapi pegawai tu jawab tunggu dalam seminggu dua lagi. Aku dan wife aku agak cuak pasal aku kene ambik IELTS untuk tukar dari conditional offer ke unconditional offer. Kalau tak dapat MARA, rugilah duit dan result exam IELTS ambil masa 2 minggu untuk dikeluarkan. So kami duduk berbincang dan akhirnya kami buat keputusan untuk ambil je peperiksaan IELTS. Aku daftar IELTS kat IDP Subang Jaya sebab paling dekat kat rumah aku. Terbang lah RM 670 aku demi ilmu huhuhu…. Selain dari IDP, kita boleh ambil IELTS exam kat British Council KL.

Exam IELTS aku jatuh pada 24 Mei 2014, so aku buat la persediaan apa yang perlu untuk belajar English. Test nie terbahagi kepada 4 bahagian iaitu Listening (1 jam), Speaking (approx. 15 min), Writing (1jam) dan Reading (1jam). Kebetulan pula sehari sebelum test, MARA keluarkan result dan aku berjaya mendapat tawaran bersyarat pinjaman. Selesai ambil test IELTS, aku rasakan yang aku tak akan lulus test tu. So aku buat keputusan untuk ulang balik test IELTS dan paling merisaukan aku tempat penuh sebab ramai student kemasukan Julai hingga September dah mula ambil test tu. Dah la tu, terbang lagi duit aku kali nih. Aku daftar lagi sekali kat IDP dan alhamdulillah yang masih ada tempat untuk aku ambil exam pada 7 Julai 2014. Dalam perkiraan aku, result test aku akan keluar 1 minggu sebelum 30 Jun. So dah tak boleh main-main lagi dah.

Pada masa yang sama, aku tumpukan pada tawaran bersyarat MARA. Tempoh masa yang diberi untuk menghantar tawaran beserta dokumen yang lengkap adalah sehingga 24 Jun bagi kemasukan Ogos atau September 2014. Walau bagaimanapun, MARA memberi kelonggaran sehingga 30 Jun untuk submit tawaran tersebut. Aku pun siapkan la e-vetting dan salinan dokumen aku yang perlu disahkan.

Dua minggu kemudian, aku pun dapatlah result IELTS dan result aku dibawah requirement pihak universiti. Rasa down giler sebab yang lain dah nak siap dan nasib baik aku daftar exam IELTS lagi sekali. Tapi jangan risau kalau korang bukannya pakar dalam English sebab yang penting jaga Grammar, strategi semasa menjawab dan sentiasa membuat latihan. Aku pun banyak belajar dari youtube dan berlatih dengan buku latihan IELTS Band 7. Pada 7 Julai 2014, aku pun ambil exam  tu dengan harapan lulus.

Selepas tu, aku siapkan form dan hantar untuk apply SSLN, penangguhan PTPTN dan pengesahan pendapatan ayah aku. Aku dapat surat penangguhan pinjaman dari pejabat PTPTN pada hari yang sama dan SSLN pula ambil dalam tempoh tujuh hari bekerja selepas submit kat Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya. So aku dah dapat kesemua dokumen yang diperlukan kecuali result IELTS. Berdebar-debar rasanya huhuhu...

Akhirnya, result IELTS aku dah keluar pada 20 Jun 2014. Aku dan wife aku pergi ambil result dekat IDP sebab result online hanya available jam 3 ptg. Aku tunggu dalam kereta je pasal wife aku tolong ambilkan result. Bila wife aku datang balik dengan result aku, mata dia nampak berair. Dalam hati aku kata “kantoi lagi ke nih….”. Tetiba wife aku senyum dan tunjukkan result IELTS kat aku. Alhamdulillah, berjaya dapat result yang ditetapkan oleh universiti! Petang tu juga aku hantar dokumen ke MABECS untuk dapatkan unconditional offer letter dan university pilihan aku adalah University of Glasgow… Yeah!

Bersambung part 5
                 

Khamis, 3 Julai 2014

Menyambung Pelajaran Ke Luar Negara (Master): Pinjaman MARA 2014 – Part 3

Masa tak menyebelahi aku nampaknya, tapi aku tak boleh give up. Wife aku suggest tulis e-mail kepada pihak universiti untuk mempertimbangkan permohonan aku dan mengeluarkan offer letter. So, keesokan hari, iaitu Jumaat petang (waktu Malaysia) aku pun hantar e-mail dan berharap semuanya akan berjalan dengan lancar. Selang beberapa jam kemudian  aku dapat email daripada both universiti yang mengatakan mereka ambil sekurang-kurangnya seminggu untuk proses permohonan. Aku ada 5 hari lagi (tu belum tolak Sabtu dan Ahad!) sebelum interview dan aku fikir hantar sahaja without offer letter semasa interview nanti.

Pada hari Isnin aku pun buka e-mail aku untuk tengok any update. Aku terkejut yang University of Glasgow hantar Conditional Offer Letter kat aku. Alhamdulillah, bersyukur sebab ada harapan semasa interview nanti. Malah, University of Sheffield juga menghantar Conditional Offer Letter keesokkan harinya. Yes… Game On! Aku pun bersemangat prepare semua necessary dokumen seperti salinan slip menduduki ujian psychometric, slip temuduga, resume, offer letter universiti, I.C. dan surat beranak aku, I.C. dan surat beranak ibubapa, serta segala salinan sijil dan transkrip untuk dihantar. Tebal woooo… huhuhu…

Interview aku diadakan pada 9 April 2014 pada hari Rabu kat KKTM, Beranang, Selangor jam 2 petang. Aku sampai dalam 1 jam sebelum interview dan solat Zohor berjemaah kat surau KKTM. Tepat pukul 2 ptg semua calon di minta beratur untuk daftar. Memang ramai calon yang datang untuk interview pukul 2 petang tu, hampir dalam 100 orang (tak tau lah kalau ada lagi yang sedang mendaftar semasa aku interview). Kami dibahagikan 10 orang dalam satu kumpulan dan aku jatuh kumpulan ke 3.

Interview telah bermula! Kumpulan aku dipanggil untuk masuk ke bilik interview. Ada 3 fasa interview dan semuanya secara berkumpulan dan di bilik yang sama. Dua fasa interview tersebut membabitkan kerjasama berkumpulan dan kreativiti. Memang habis sempoi! Kami siap bergelak ketawa lagi dengan gelagat ahli kumpulan kami. Tetapi apa yang penting ialah kerjasama dan participation. Interview yang terakhir, kami diminta menjawab dua soalan. Soalan pertama ialah soalan umum dan masing-masing kene proaktif untuk menjawab. Soalan kedua pula setiap calon diberi peluang untuk justify kenapa anda layak untuk mendapat pinjaman MARA. Selesai proses interview, sesi soal jawab dengan pegawai MARA dan mereka beritahu yang tempat terhad serta calon sangat ramai. Pada masa yang sama, mereka mahu beri lebih tumpuan kepada universiti selain dari UK. Aku sangat puas hati dengan sesi interview tu dan tawakal yang rezeki tu datang dari Allah. Aku seronok dengan group aku pasal sangat energetic, kreatif dan open minded. By the end of the day, the interview was fun and thanks to MARA for the opportunity.

Sementara itu, calon yang berada di luar negara tak perlu hadir ke interview seperti kami di dalam negara. Sebaliknya mereka perlu lalui satu lagi ujian psychometric secara online. Apa pun aku wish good luck juga kat mereka. Step aku seterusnya, menunggu keputusan…….


Bersambung part 4

Rabu, 2 Julai 2014

Menyambung Pelajaran Ke Luar Negara (Master): Pinjaman MARA 2014 – Part 2

Lebih 2 minggu selepas dari tarikh tutup, seperti biasa kami check status permohonan dalam website MARA dan perkara yang tak diduga berlaku.  Aku diminta menduduki psychometric test secara online dan hadir untuk interview. Tarikh dan masa untuk ujian psychometric diberikan tetapi untuk interview pula hanya ada tarikh, zon dan negeri. Manakala masa dan tempat interview tidak dimaklumkan. Berdebar-debar lah jadinya sebab tak pernah menduduki ujian tu. So, aku check la info kat website dan banyak tips yang aku dapat jadikan rough idea untuk menduduki ujian psychometric.

Ujian psychometric online aku diadakan pada 20 Mac 2014 jam 2.00 petang. So bila dah tiba time aku pun log in masuk dan ujian tu bermula selama 1 jam. Ianya terbahagi kepada 3 bahagian, lebih kurang 100 soalan objective dalam bahasa melayu dan Inggeris. Good news! tiada soalan essay dalam ujian tu. Soalan bahagian A lebih kepada menguji IQ, soalan bahagian B pula berkenaan dengan personality traits, dan soalan bahagian C berkaitan soalan am dan perlembagaan. Alhamdulillah aku sempat jawab kesemuanya walaupun masa sangat pendek. Beberapa saat sebelum tamat, aku selesai menjawab dan tekan button hantar, tetapi tak ada apa-apa berlaku. Tiba-tiba sahaja notification bertulis masa telah tamat dan aku telah menduduki ujian psychometric keluar kat screen. Aku cuma tawakal sahaja sebab MARA beritahu dalam FB yang segala ujian tersebut akan direkod secara automatik setelah tamat tempoh.

Sementara itu, tarikh interview aku ditunda ke tarikh yang akan diberitahu nanti. Kali ini aku sentiasa ikut update yang diberi oleh pihak MARA kerana mereka sedang menjalankan interview di negeri-negeri lain. Seperti biasa aku dapatkan lagi maklumat daripada blog sekadar nak bersiap sedia. Kat sini yang aku kata jadi kelam kabut tadi. Ingat tak conditional offer letter dari universiti? Sebaiknya bawa offer letter ke interview untuk menunjukkan kepada pegawai MARA tentang kesungguhan anda nak sambung pelajaran dan pihak universiti menerima anda. Kalau tak ada, aku rasa harapan nak dapat pinjaman akan jadi tipis sebab persaingan. Apa lagi, aku dengan wife aku pun bertukus lumus lah check maklumat nak apply universiti kat US, Canada, Australia dan UK.

Aku gunakan senarai universiti yang disediakan oleh MARA semasa permohonan online hari tu. Kami melihat requirement yang diperlukan untuk memohon universiti dan tempoh pengajian. At last, kami senarai pendek 2 universiti di UK iaitu University of Sheffield dan University of Glasgow berbanding dengan universiti lain. Sementara aku sibuk menyediakan semua dokumen yang hendak diserahkan ke universiti, tarikh untuk interview aku telah dikeluarkan oleh MARA iaitu pada 9 April 2014. Dipendekkan cerita, 6 hari sebelum interview semua dokumen yang diperlukan dah ready dan kami  pergi ke MABECS kat Petaling Jaya untuk membantu dalam proses permohonan universiti. Selepas submit dokumen dan isi universiti online application kat MABECS, kami diberitahu yang mereka hanya akan reply balik status dalam tempoh 2 minggu atau lebih. Adussss…… Disaster!

Bersambung part 3

Isnin, 30 Jun 2014

Menyambung Pelajaran Ke Luar Negara (Master): Pinjaman MARA 2014 – Part 1

Hari ini bermula puasa hari kedua dalam bulan Ramadan pada tahun 2014. Hati aku rasa tak sabar menanti  hari yang akan mengubah hidup aku dan famili aku. Insyaallah aku akan menyambung pelajaran ke University of Glasgow di UK untuk mengikuti pengajian bidang professional selepas Raya nanti. Sambil tu aku teringat perjalanan aku selama lima bulan yang lepas dan tersenyum apabila usaha aku dan isteriku membuahkan hasil.

Semuanya bermula pada bulan Februari, apabila wife aku mendapat info melalui rakan FB mengenai peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara melalui program khas PASCA SISWAZAH LUAR NEGARA 2014 tajaan MARA. So, wife aku maklum kat aku dan kami check website MARA untuk syarat permohonan bagi program pinjaman tersebut. Kami pun berbincang mengenai perancangan sambung belajar yang telah kami senaraikan dalam azam tahun ini ke peringkat Master disebabkan pengalaman kerja yang aku miliki. Aku sebenarnya excited mendengar peluang ini, so ‘I would rather die trying’ serta tak patah semangat dengan apa-apa constrain dan persaingan untuk mendapat pinjaman tersebut. Kami bersepakat yang rezeki adalah ditangan tuhan, kita hanya merancang dan melaksanakan sahaja.

Seperti biasa, permohonan tersebut dilakukan secara online, so aku perlu daftar dahulu untuk dapatkan kata laluan yang menggunakan No IC aku. Selepas tu, aku log in dan isi maklumat yang diminta seperti background diri, akademik dan pengalaman kerja. Dalam permohonan tu ada diminta universiti yang dipilih dan aku letak University of Birmingham sebagai pilihan. Aku nasihatkan kat sini, awal-awal lagi download Lampiran A - senarai universiti MARA (bersama syarat permohonan) atau check top 200 world ranking universities untuk peluang yang lebih baik. So bila dah siap, aku submit online form tersebut dua hari sebelum tarikh tutup pada 16 Februari 2014. Akhirnya, aku apply juga pinjaman tersebut dan tawakal kepada Allah s.w.t. untuk resultnya. Setiap hari aku adakan solat Duha dan Hajat agar dipermudahkan segala usaha kami.

                Since MARA kata keputusan layak menduduki ujian keluar 2 minggu kemudian, kami check website MARA untuk beberapa kali dalam seminggu untuk dapatkan update berkenaan keputusan permohonan tersebut. Wife aku lah yang paling kerap tolong check status, sambil cari info kat Google, sebab itu aku gelar dia ‘Miss Google’. Kami nasihatkan juga agar sentiasa check official FB page untuk program khas pinjaman MARA tersebut, seperti tahun ini kami check kat PASCAMARA 2014.  Mereka akan buat pengumuman serta memaklumkan jika ada apa-apa perubahan dalam page tersebut. Jangan tunggu sahaja dan harapkan e-mail reply, phone call atau sms daripada MARA.  Kena la proactive kalau nak belajar ke peringkat tinggi sebab mereka tak akan hantar maklum balas dan akibatnya ramai yang terlepas peluang.

                Untuk persediaan ke peringkat seterusnya, aku cadangkan agar apply dahulu universiti pilihan anda (ingat nasihat aku berdasarkan senarai universiti MARA atau top 200 world ranking universities). Apply lah sebanyak mana pun asalkan anda akan dapat Conditional Offer Letter dari pihak universiti (kalau dapat unconditional letter lagi bagus). Ianya salah satu syarat permohonan pinjaman MARA dan tips daripada rakan-rakan yang share pengalaman mereka memohon pinjaman pengajian MARA tahun sebelum ini di dalam blog. Kalau tak, jadi lah seperti kami yang kelam kabut last minit sebab tak baca betul-betul syarat permohonan dan tak take note info dari internet…. sengal.

Sambung part 2….